Perak Hari Ini

Tangani ‘Jenayah’ Penjiplakan Demi Kredibiliti IPT: Sultan Perak

KUALA KANGSAR: Plagiarisme ataupun penjiplakan adalah satu jenayah akademik yang mana ianya wajib ditangani secara tegas.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, hal ini harus diberi perhatian serius dan pemantauan yang berkesan demi memastikan integriti dan kredibiliti sesebuah institusi pengajian tinggi terus terpelihara.

“Pada masa ini, maklumat begitu mudah disalin, ditiru dan ditampal dalam kerja kursus dan laporan oleh para pelajar.

“Dengan berbilion jumlah bahan dalam Internet, adalah amat menyulitkan warga akademik untuk menyemak sepenuhnya kesahihan dan keaslian kerja kursus dan bahan penyelidikan yang dihasilkan oleh para pelajar di bawah pengawasan mereka, apatah lagi jika jumlah pelajar begitu ramai,” titah Baginda.

 

Sultan Nazrin turut bertitah, di peringkat global, isu penjiplakan juga kini semakin giat dilaporkan.

“Di Jerman, mantan Menteri Pertahanan dan Naib Presiden Parlimen Eropah, meletakkan jawatan selepas dikesan memplagiat dalam disertasi ijazah Doktor Falsafah masing-masing.

“Di United Kingdom, seorang pendaftar universiti dikenakan hukuman penjara setelah didapati menjual ijazah palsu kepada seorang wanita Afrika sebagai imbalan untuk memuaskan nafsunya.

“Sementara itu, London School of Economics terpaksa menangani dakwaan penjiplakan di dalam tesis PhD, Saif el-Islam Gaddafi, anak kedua Muammar Gaddafi.

“Di Pakistan, lebih daripada 140 orang penggubal undang-undang di dapati bersalah kerana memiliki ijazah palsu,” titah Sultan Nazrin.

Baginda beritah ketika merasmikan Istiadat Konvokesyen Universiti Sultan Azlan Idris Shah (USAS) Kali Ke-10 di Dewan Jubli Perak, dekat sini, pada Sabtu.

 

Turut mengiringi Sultan Nazrin, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir; Setiusaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan serta, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Alam Sekitar, Dan Teknologi Hijau, Datuk Muhammad Amin Zakaria.

Juga hadir, Naib Canselor USAS, Tan Seri Professor Dr Nordin Kardi.

Pada konvokesyen, seramai 843 graduan diploma, ijaazah sarjana muda dan ijazah sarjana diraikan.

Pada masa sama, seramai 41 penerima ijazah sarjana dan 17 penerima ijazah sarjana muda diraikan buat julung kalinya selepas USAS diisytihar menjadi universiti tahun lalu, bersama-sama 785 penerima diploma.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");