Perak Hari Ini

Terima Kasih Zambry: Guan Eng

IPOH: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengucapkan terima kasih kepad Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir atas kesudian beliau dalam bersama-sama membantu mangsa-mangsa banjir di negeri itu, semalam.

Menerusi satu kenyataan di laman Facebook miliknya hari ini,  katanya, segala usaha Zambry dalam meringankan beban rakyatnya yang terkesan akibat bencana itu amat dihargai.

Menurutnya lagi, Menteri Besar Perak juga telah mengotakan janjinya bagi membantu rakyat-rakyat Pulau Pinang yang ditimpa musibah tersebut melaui satu panggilan telefon.

“Saya bagi pihak Kerajaan Negeri, mengucapkan terima kasih kerana, walaupun terdapat perbezaan politik, tetapi kita boleh bersama-sama membantu rakyat untuk Pulau Pinang bangkit semula,” tulisnya.

Zambry, bersama-sama 800 jentera kerajaan negeri telah hadir ke kawasan Tasek Gelugor bagi menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir.

Ia turut disertai antaranya barisan EXCO kerajaan negeri, jentera-jentera Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Perak, Yayasan Bina Upaya, Angkatan Pertahanan Awam Negara, dan Rela.

Dalam pada itu, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan dan Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man turut bersama-sama Menteri Besar dan beberapa sukarelawan dalam membersihkan beberapa buah rumah yang terkesan akibat banjir pada minggu lalu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");