Membawang Hari Ini

Terkilan Ditamatkan Jadi Duta Produk Tanpa Sebab

KUALA LUMPUR: Pelakon, Jue Aziz, terkilan apabila kontraknya sebagai duta sebuah produk kecantikan didakwa ditamatkan serta-merta tanpa alasan yang munasabah.

Jue atau nama sebenarnya Zuliana Abdul Aziz, 34, berkata lebih menyedihkan, nama suaminya, Bayu Daniels, turut terkena tempias apabila dituduh dengan perkara bukan-bukan.

“Saya menandatangani kontrak selama setahun bersama pengeluar produk berkenaan, bermula November tahun lalu. Tetapi, kontrak itu ditamatkan dengan serta-merta tanpa sebab.

“Sukar untuk saya menjelaskan perkara itu secara terperinci, namun saya sedih apabila kerjasama ini diakhiri dengan cara tidak baik.

“Lebih menyedihkan, suami juga turut terkena tempiasnya, sehingga kami pula bergaduh suami-isteri,” katanya kepada BH Online sewaktu ditemui pada majlis sidang media Karnival Lefest Tour 10.0 Melaka 2017, di sini.

Menurut Jue, beliau juga tidak berpuas hati apabila wajahnya masih digunakan pengeluar produk berkenaan meskipun tidak lagi terbabit dengan jenama itu.

Ditanya apakah beliau serik untuk menjalinkan kerjasama dengan syarikat kecantikan selepas apa yang berlaku, pelakon itu mengakui buat waktu ini sedikit sebanyak perasaan sedemikian ada dalam dirinya.

“Meskipun begitu, saya percaya ramai lagi pengasas produk yang bersikap jujur di negara ini. Malah, saya takkan berputus asa apabila gagal dalam melakukan sesuatu perkara.

“Diakui, pada awalnya, memang saya berasa serik. Namun apabila difikirkan semula, ia adalah lumrah jatuh bangun sesebuah perniagaan.

“Apa yang penting, saya mahu membersihkan nama yang sudah tercalar, akibat masalah bersama syarikat produk saya wakili sebelum ini,” tegasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");