Perak Hari Ini

Tidak Digalakkan Rai Pelajar Cemerlang UPSR

IPOH: Mulai tahun hadapan, semua sekolah rendah di Perak tidak digalakkan untuk membuat sebarang keraian mahupun hebahan terhadap murid-murid yang cemerlang dalam keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Yang Dipertua Majlis Guru Besar Negeri Perak, merangkap Naib Yang Dipertua 2 Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia, Rustam Affandy Abdul Aziz berkata, ia merupakan salah satu inisiatif bagi memperkasakan pendidikan negeri yang mengenengahkan konsep orientasi kelas berbanding orientasi peperiksaan yang diamalkan sebelum ini.

“Ini merupakan hasrat Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Dr  Amin Senin menerusi sesi Bicara Professional Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia: Melangkah Kehadapan, tadi.

“Kalau dahulu, murid yang cemerlang akan diberi inisiatif seperti bebentuk wang, tapi kali ini tidak.

“Dan kita tidak boleh meraikan murid yang dapat 6A, pada masa sama, menidakkan murid yang gagal.

“Ini merupakan satu perubahan yang besar kepada guru-guru besar seluruh Perak,”katanya.

Tambahnya lagi, selain tiada hebahan media, gred purata sekolah (GPS) akan dimansuhkan.

“Sekarang ini, tiada perbandingan antara sekolah, jabatan pendidikan negeri, mahupun daerah,” ujarnya.

 

Selain itu, beliau berkata, selepas ini, semua sekolah rendah akan dinilai melalui jumlah murid yang mendapat ‘gred E’ selain, mereka harus bertanggungjawab sepenuhnya jika murid-murid tidak dapat menguasi kemahiran asas dalam pelajaran.

Katanya, selain calon UPSR, ia juga bakal dilaksanakan kepada pelajar-pelajar dari tahun 1 hingga 5.

Beliau berkata demikian kepada media selepas permasmian majlis penutup Konvensyen Pendidikan dan Persidangan Tahunan Majlis Guru Besar (MGB) Negeri Perak Kali Ke 30 di Hotel Kinta Riverfront, dekat sini, pada Selasa.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zamby Abd Kaduir; Datuk P Kamalanathan; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan serta Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau, Datuk Dr Muhammad Amin Zakaria.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");