Jenayah

Tiga Maut Lori Bertembung Treler

SEGAMAT – Tiga maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah lori dan treler di Jalan Pulapol-Batu Anam, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Segamat, Supritendan Raub Selamat berkata, dalam kejadian kira-kira 2.30 petang itu, mangsa yang maut ialah pemandu lori, Rahmani Warni, 58, serta dua penumpang, Amir Hassan, 30, dan Eriman Yaatim, 34.

“Siasatan awal mendapati, lori yang dinaiki oleh tiga mangsa ini dalam perjalanan dari arah Batu Anam menghala ke Segamat dan sewaktu tiba di lokasi kejadian, lori berkenan telah masuk ke laluan bertentangan.

“Pemandu treler kemudian cuba mengelak ke kanan jalan namun berlaku pertembungan juga apabila lori yang dinaiki mangsa melanggar bahagian sisi kiri treler tersebut,” katanya.

Menurutnya, akibat pelanggaran kuat tersebut, ketiga-tiga mangsa disahkan meninggal dunia serta merta di tempat kejadian akibat tersepit sebelum berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba selain lori berkenaan mengalami kerosakan teruk bahagian hadapan.

Katanya, kesemua mayat kemudian dibawa ke Hospital Segamat untuk dibedah siasat sebelum dituntut oleh waris mereka manakala pemandu treler yang dikenali sebagai M Abimanan, 27, dan penumpang, S Rajeswary, 23, mengalami kecederaan ringan.

“Lokasi kejadian adalah jalan selekoh, dua lorong dua hala dan terdapat garisan berkembar di tengah jalan sebagai pembahagi jalan selain permukan jalan yang basah selepas hujan.

“Kenderaan terlibat akan dihantar ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) Segamat untuk pemeriksaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");