Sukan Hari Ini

TMJ Tak Terperanjat Ranking Malaysia Jatuh

KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim tidak terkejut dengan kejatuhan ranking skuad kebangsaan dalam senarai Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) yang diumumkan semalam.

Malah Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) mengakui sudah menjangka perkara itu selepas skuad Harimau Malaya terpaksa berdepan pasukan kuat dalam kempen kelayakan Piala Asia 2019 sebelum ini.

“Bagi isu ranking jatuh. Sekarang saya nak tanya sebelum kelayakan Piala Asia 2019, betul ke penyokong bola sepak tanah air ingat kita boleh menang dengan Lubnan? Kita tidak boleh menang dengan Lubnan.

“Jadi, apa yang aneh dan memeranjatkan sangat? Betul ke kita boleh menang dengan Korea Utara iaitu pasukan yang sudah layak ke piala dunia sebelum ini? Saya tahu sebelum pertandingan lagi yang kita tidak boleh menang dan saya tidak mengharapkan pun.

“Tapi sebagai penyokong bola sepak negara, jangan tunggu skuad negara kalah untuk menghentam Presiden FAM. Ia tidak bertanggungjawab,” katanya pada sidang media di Johor Bahru, semalam, lapor BH Online.

Skuad Harimau Malaya jatuh empat anak tangga dalam ranking dunia yang dikeluarkan FIFA hari ini dengan menduduki tempat ke-174, menyamai pencapaian terburuk sebelum ini.

Selain itu, TMJ turut menjelaskan beliau perlu mencari punca utama berlakunya kemerosotan berterusan dalam skuad kebangsaan.

“Kalau nak nilai skuad kebangsaan, kita perlu tengok apa masalah yang dihadapi FAM sejak 10 tahun dulu. Saya berada di FAM tidak sampai setahun dan untuk atasi masalah ini saya kena tahu puncanya.

“Kalau nak buat apa-apa penilaian kena ikut fakta, bukan ikut emosi disebabkan berdendam dengan saya kerana saya pemilik JDT. Itu tiada kena mengena dengan tugas saya di FAM,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");