Perak Hari Ini

TPM Gesa Tubuh Satu Pasukan Tinjau Aktiviti Orang Tengah

IPOH : Timbalan  Perdana Menteri menggesa agar satu pasukan dapat ditubuhkan di bawah  Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan  (KPDNKK) bagi menangani isu kenaikan harga barang akibat daripada sikap orang tengah yang cuba mengambil kesempatan mahupun culas.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ianya juga sebagai langkah bagi mengelakkan rakyat terus terbeban dan akhirnya menuduh kerajaan atas masalah tersebut.

“Kita tidak mahu rakyat menjadi mangsa yang akhirnya mereka memberikan perspektif dan tuduhan negatif kepada KPDNKK , dan seterusnya meletakkan ke bertanggungjawaban itu kepada kerajaan sepenuhnya, ” katanya.

Tambah beliau, KPDNKK juga harus memastikan harga barangan sentiasa berada di bawah  harga pasaran, demi kepentingan rakyat.

Selain itu  Ahmad Zahid berkata, berdasarkan beberapa kajian pakar, jelas menunjukkan ekonomi Malaysia berada pada keadaan terbaik.

“Berdasarkan satu kajian yang dilakukan, Indeks Sektor Pemborongan dan Peruncitan Malaysia telah mencatatkan peningkatan sebanyak 7.4 % berbanding sebelumnya.

“Dari jumlah itu, sub sektor perdagangan runcit juga mencatatkan peningkatan sebanyak 10.4% pada suku tahun ketiga,  tahun ini.

“Peningkatan ini ternyata menunjukkan keadaan ekonomi semasa negara kita secara relatifnya bertambah baik dari semasa ke semasa, ” ujarnya.

Pada masa sama,  beliau berkata,  semua usahawan seluruh negara termasuk harus mula mengorak langkah bagi menceburi bidang perniagaan digital, khususnya yang terlibat dalam sektor Perusahaan Kecil dan Serdahana  (PKS).

Ujarnya dengan perkembangan teknologi maklumat yang semakin maju, ditambah dengan inisiatif kerajaan bagi mewujudkan Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ), industri tersebut  bakal melanda ke  negara ini dalam tempoh 5 ke 10 tahun.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Karnival Jualan Mega 2017 (KMJ2017) anjuran KPDNKK,  di Bulatan Amanjaya,  dekat sini, pada Sabtu.

Turut hadir,  Menteri KPDNKK,  Datuk Seri Hamzah Zainudin; Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir,  Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan serta EXCO.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");