Sukan Hari Ini

‘Tuduhan Rasuah Buat Reputasi Kami Tercalar’

HANYA siasatan menyeluruh sahaja yang mampu membersihkan semula nama semua pemain Kedah daripada tuduhan songokan kepada tujuh pemain yang didakwa terima rasuah sebelum final Piala Malaysia 2017 pada Sabtu, minggu lalu.

Ketua pasukannya, Khairul Helmi Johari berkata, beliau kecewa dengan tuduhan tidak berasas itu dan berharap pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan terperinci agar semua penyokong Lang Merah akan mengetahui hal yang sebenarnya.

Menurutnya, tuduhan liar yang telah tular sebelum ini secara tidak langsung telah mencalarkan reputasi beliau dan juga rakan-rakannya walaupun dakwaaan itu tidak disertakan bersama bukti kukuh.

“Saya telah hadir ke Balai Polis Anak Bukit, Alor Setar pada petang Khamis lalu bersama seorang lagi pemain Kedah, Syazwan Zainon mewakili pemain lain untuk membuat laporan berkaitan isu tuduhan fitnah yang dilemparkan oleh individu tertentu ke atas saya, rakan-rakan dan jurulatih, selepas mendapat tahu tuduhan itu telah tular pada Rabu malam minggu lalu.

“Saya rasa ini satu tuduhan berunsur fitnah dan boleh menjatuhkan maruah serta reputasi saya bersama pemain-pemain Kedah yang lain,” katanya kepada Sinar Harian.

Jelasnya, beliau kecewa dengan tuduhan tersebut dan tindakannya hadir membuat laporan polis adalah untuk membersihkan namanya dan semua pemain Kedah.

Ujarnya lagi, selagi tidak disiasat, tanggapan negatif penyokong akan memberi kesan ke atas reputasi dan kerjayanya serta pemain pasukan itu pada masa hadapan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");