Jenayah

Tuduhan Rasuah: Penyokong Kedah Lapor Polis

YAN – Seorang penyokong Kedah, Zulkifli Hashim, 38 membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Yan pada kira-kira jam 9 pagi tadi berkenaan tuduhan Ketua Jurulatih dan pemain Kedah menerima rasuah yang tular di media sosial.

Ikon bola sepak Kedah yang terkenal dengan jolokan Puaka Jerai itu berkata, tuduhan itu dikesan olehnya pada dua akaun Facebook milik dua individu pada jam 11 malam tadi.

Zulkifli berkata, beliau yang mewakili seluruh penyokong Hijau Kuning kesal dengan dakwaan melulu itu kerana jelas mampu menjejaskan maruah negeri, ketua jurulatih, pemain dan seluruh penyokong bola sepak di negeri ini.

“Bagi saya, ini adalah satu perbuatan fitnah kerana tidak disertakan bukti malah secara tidak langsung telah mencalarkan maruah Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) dan semua pemain yang terbabit.

“Saya mewakili semua penyokong Kedah amat tidak berpuas hati dengan tuduhan tersebut yang telah membuat dan menyebarkan fitnah, Kami berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan terhadap individu yang terlibat,” katanya menurut Sinar Harian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Muhamad Halim Yatim mengesahkan pihaknyah menerima laporan tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");