Isu Panas

Tunggu Pengumuman Bantuan Dari Kerajaan Pusat

GEORGETOWN – Kerajaan Pulau Pinang sekali lagi merayu kepada kerajaan Pusat agar menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir yang melanda negeri ini, 5 Disember lalu.

Ketua Menterinya, Lim Guan Eng berkata, sehingga kini, kerajaan negeri belum menerima sebarang bantuan termasuk kelulusan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB).

Beliau menambah, sejak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak turun padang melawat mangsa banjir minggu lalu, tiada sebarang pengumuman bentuk bantuan yang akan diberikan oleh kerajaan Pusat kepada Pulau Pinang.

“Sehingga sekarang, tidak ada apa-apa bantuan yang diumumkan Perdana Menteri (Najib). Walaupun kita telah membentangkan permohonan projek RTB sebanyak RM1 bilion, tetapi masih tak ada sebarang pengumuman dibuat.

“RM150 juta yang diluluskan untuk RTB Sungai Pinang, itu adalah projek lama yang diumumkan tahun lalu. Sejak beliau hadir melawat mangsa banjir minggu lepas, beliau tidak umum apa-apa untuk membantu mangsa banjir,” katanya memetik laporan sinar harian.

Adun Air Putih (DAP) itu menambah, sehingga kini, tiada sebarang bantuan yang disalurkan kerajaan Pusat sama ada kelulusan projek RTB mahupun bantuan secara langsung kepada mangsa banjir.

“Kerajaan negeri melalui Program Bangkit Pulau Pinang telah mengumumkan wang bantuan yang diperuntukkan sebanyak RM100 juta.

“Kita harap kerajaan Pusat boleh luluskan jumlah yang jauh lebih besar dari kerajaan negeri salurkan bagi membantu mangsa banjir di Pulau Pinang,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pembangkang, Datuk Jahara Hamid berkata, kenyataan Guan Eng itu jelas menunjukkan kerajaan negeri pimpinan DAP hidup dalam penafian kerana sering menidakkan bantuan dari kerajaan Pusat.

Menurutnya, dengan membuat kenyataan seperti itu, kerajaan negeri dilihat mengamalkan politik tidak sihat kerana tidak memahami prosedur pengagihan bantuan kepada negeri dilanda bencana.

“Kita akui ada kelemahan dalam pengagihan bantuan, bukan senang nak agih (bantuan). Tetapi bantuan telah diberikan, yang dibawa menggunakan 60 kontena di seluruh kawasan (seberang dan pulau) oleh Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) di mana dinaungi Perdana Menteri,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");