Sukan Hari Ini

United Perlu Ulangi Pencapaian Era Ferguson: Robson

BRYAN Robson menyifatkan Manchester United perlu mengulangi persembahan ketika zaman Alex Ferguson dan tidak boleh ketinggalan dengan Manchester City dalam saingan perebutan takhta Liga Perdana Inggeris (EPL).

Skuad kendalian Pep Guardiola hanya kehilangan dua mata dalam 13 perlawanan musim ini, menjaringkan 42 gol sejak permulaan musim 2017-18.

Menurut Stadium Astro, United merupakan pasukan yang terbaik mengejar pendahulu liga tersebut, tetapi masih ketinggalan lapan mata.

Bekas pemain tengah United dan England, Robson menyifatkan City sudah mula menonjolkan kelemahan, tetapi percaya The Red Devils masih bertenaga untuk mengharungi musim ini.

“Ia merupakan musim yang sangat panjang. United memiliki musim yang baik setakat ini di bawah kendalian Jose Mourinho,” kata Robson.

“Mereka berada dalam posisi yang sangat baik, tetapi City berada pada tahap yang berbeza.

“Tetapi ketika saya beraksi di bawah kendalian Alex Ferguson, beliau sentiasa menasihatkan kepada kami supaya terus mengikut rentak permainan mereka hingga penghujung tahun.

“Ketika itu, adalah akan dapat melihat terdapat pemain yang mula mendapat kecederaan, kehilangan rentak beraksi, ia adalah peluang anda untuk memintas mereka.”

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");