Sukan Hari Ini

United Tidak Berhak Raih Kemenangan: Hughton

PENGURUS Brighton and Hove Albion, Chris Hughton, percaya sepakan sudut yang memberikan gol kemenangan Manchester United semalam sepatutnya tidak diberikan.

Lewis Dunk menepis percubaan Ashley Young ke dalam gawang sendiri selepas pemain sayap itu melepaskan percubaan pada minit ke-66.

Tetapi perdebatan menyelubunig keputusan pengadil yang memberikan sepakan sudut kepada United selepas bola terkena kaki Romelu Lukaku sebelum ia dikeluarkan.

Memetik laporan Stadium Astro, Hughton berasakan insiden tersebut telah menafikan mata buat pasukan pelawat.

“Kadang-kala, jurang di antara kedua-dua pasukan terlalu kecil dan nasib tidak menyebelahi kami,” kata Hughton.

“Pada pendapat saya, sepakan sudut tidak seharusnya diberikan kepada United.

“Ia adalah satu keputusan yang sukar diterima dan saya samat kecewa kerana pulang tanpa sebarang mata.

Walaupun tewas, Hughton berharap saingan yang dipamerkan di Old Trafford akan menjadi momentum bagi menghadapi Manchester City dan Arsenal.

“Kami telah bertemu tiga daripada enam pasukan yang kuat di England. Kami telah cuba memberikan yang terbaik.”

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");