Isu Panas

Wan Azizah Persoal Gaji KP Jasa

KUALA LUMPUR – Ketua pembangkang mempersoalkan mengenai kadar gaji Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) yang menerima bayaran maksimum sehingga RM20,592 setiap bulan.

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, bayaran diperolehi Ketua Pengarah Jasa itu dilihat melebihi gaji Menteri Komunikasi dan Multimedia sebanyak RM14,907.20 sebulan.

“Semakan saya ke atas Senarai Perjawatan 2018 mendapati Ketua Pengarah Jasa dibayar gaji berdasarkan Kod Gaji VU7 sehingga maksimanya RM20,592, lebih daripada gaji menteri Komunikasi dan Multimedia,” katanya dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini lapor Sinar Harian.

Presiden PKR itu turut mempersoalkan peruntukan RM12.8 juta bagi bayaran emolumen untuk 272 kakitangan Jasa yang hanya berperanan sebagai juru kempen Umno-BN.

Beliau berkata, bayaran emolument bagi kakitangan Jasa itu sewajarnya dilakukan oleh Ibu Pejabat Umno dan BN, bukannya dengan menggunakan dana hasil cukai keringat rakyat di negara ini.

“Saya ingin bertanya, apa kewajaran membayar gaji seorang ketua pengarah Jasa melebihi seorang menteri persekutuan?

“Bukankah lebih wajar emolument kakitangan Jasa itu dibayar oleh Ibu Pejabat Umno dan BN tanpa menggunakan dana hasil cukai rakyat,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");