Perak Hari Ini

WCIT 2017: Amanah, Ta’ayush Dua Prinsip Penting Bentuk Negara Aman

IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini bertitah bahawa bagi membentuk negara yang aman memerlukan dua prinsip penting iaitu amanah dan ta’ayush.

“Indeks Keamanan Global mewakili penilaian kompleks dan komprehensif mengenai pelbagai jenis konflik yang berlaku di seluruh dunia namun begitu banyak tokoh dunia termasuk Martin Luther King Jr, dan bekas presiden Amerika Syarikat, Barack Obama telah memperdebatkan, keamanan bukan sekadar tiadanya perang.

“Beta menegaskan bahawa keamanan juga adalah berkaitan kebebasan beragama, menghormati budaya yang berbeza malah keamanan adalah penerimaan, pemahaman serta perayaan kepelbagaian dalam semua bentuknya,” titah baginda.

Titah baginda lagi, ketika semua pihak mengejar matlamat kolektif keamanan dunia kita perlu memastikan kedua prinsip tersebut sentiasa diingati, bukan sahaja untuk menghapuskan konflik, tetapi juga untuk mewujudkan masyarakat dunia yang lebih percaya dan inklusif, di mana setiap individu dihargai dan dihormati.

“Beta ingin mencadangkan bahawa amanah,  dan ta’ayush, “keterangkuman”, serta matlamat utama keamanan dunia, juga merupakan cara yang dapat dicapai oleh keamanan.

“Sesungguhnya, kita perlu mengamati, kepercayaan adalah bahan penting dalam membina keamanan, untuk memastikan setiap warga negara atau masyarakat yang terlindung daripada sebarang konflik.

“Oleh itu, proses damai kita mesti bekerja keras untuk memasukkan individu dan pendapat mereka secara menyeluruh yang sebahagian telah dipinggirkan atau diabaikan,” titah baginda.

Titah baginda, dalam persidangan yang lalu turut diberi penekanan mengenai pentingnya membentuk gologan belia yang mengalas tugas selaku penasihat negara.

“Semua proses perdamaian perlu memastikan bahawa tiada suara dipinggirkan dalam pergerakan secara beransur-ansur ke arah masyarakat yang lebih harmoni, toleransi dan bebas konflik.

“Kepercayaan dan ta’ayush penting untuk mewujudkan keamanan global, di peringkat tempatan, kebangsaan, dan antarabangsa.Marilah kita mulakan dengan mempercayai satu sama lain, dan hidup bersama, dengan amanah dan ta’ayush,” titahnya semasa berucap merasmikan Persidangan World Conference On Islamic Thought and Civilization (WCIT) 2017 yang berlangsung selama dua hari di Hotel Casuarina@meru di sini hari ini.

Turut hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Barisan exco kerajaan Negeri.

Titah baginda, persidangan WCIT 2017 dapat menyatukan ramai pemikir Islam terbesar di dunia, serta penulis bukan Islam mengenai Islam, justerus membincangkan pelbagai perkara dengan produktif,bagi meneroka beberapa jawapan dalam usaha membentuk keamanan global.

“Berpandukan prinsip teras toleransi dan keterangkuman Islam, saya percaya bahawa anda berkumpul di bilik ini akan membuat kemajuan yang nyata dan berharga dalam persidangan ini.

“Islam adalah agama yang berakar dalam damai, secara literal dan rohani; dan beta benar-benar percaya bahawa Persidangan WCIT dapat membantu memimpin jalan dalam mewujudkan komuniti global yang lebih aman, inklusif dan, akhirnya, damai,” titah baginda.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");