Perak Hari Ini

WCIT 2017 Bakal Himpun Pemikir Terkemuka Dunia

IPOH:World Conference On Islamic Thought and Civilization (WCIT) 2017 bakal menghimpunkan moderator terkenal dan berpengalaman bagi membincangkan berkaitan Global Peace ‘keamanan sejagat’.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata penganjuran kali keempat bagi tahun ini merupakan siri lanjutan daripada tahun lepas dan Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) selaku penganjur utama.

“Pembentang kali ini adalah tokoh besar dunia yang menjadi pemikir utama berkaitan hal ehwal Islam dan semasa seperti Mantan Presiden Indonesia, H.E Susilo Bambang Yudhoyono, Mantan Setiausaha Agong Asean, Tan Sri Dr. Surin Pitsuwan dan Shaykh Muhammad Yahaya Al-Ninowy,” katanya.

Katanya, persidangan dua hari bermula 20 hingga 21 November ini di Hotel Casuarina Meru Ipoh akan dihadiri sekitar 2,000 peserta melibatkan 12 negara.

“Antara tema-tema yang akan dibincangkan seperti keadaan dunia kini yang memerlukan satu pemikiran melibatkan semua pihak malah sekarang Islam dilihat sebagai punca masalah keganasan yang berlaku seolah digambarkan begitu.

“Adanya tokoh yang dibawa ini melibatkan Islam dan bukan Islam bagi membicarakan soal ini bakal memberi gambaran sebenar apa yang berlaku dalam dunia ini malah kaedah terbaik bagi memastikan negara aman,” katanya.

Jelasnya lagi, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah akan mencemar duli untuk merasmikan persidangan dan menyampaikan titah utama pada 20 November ini.

WCIT 2017 bakal menyediakan sesi forum khas membincagkan pelbagai tema antaranya seperti konflik sosial dan pelampau agama, falsafah dan tradisi kerohaniannya, geostrategi dan keamanan global serta kuasa, politik dan media.

Persidangan ini turut membariskan para moderator terkenal seperti Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Asyraf Wajdi Dasuki, Essa Mohamed Al-Mannai, Greg Burton dan Dr Fauziah Mohd Hassan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");