Perak Hari Ini

WCIT 2017 Bentang Usul Penubuhan Pusat Keamanan Sejagat & Tanpa Keganasan

IPOH:Penubuhan sebuah pusat Keamanan Sejagat dan Anti Keganasan merupakan resolusi utama yang akan diketengahkan pada Persidangan Pemikiran dan Tamadun Islam Dunia (WCIT) edisi keempat di Pusat Konvensyen Amanjaya, Hotel Casuarina, Meru, pada 20 dan 21 November ini.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata ia berperanan sebagai satu institut yang membicangkan hasil dapatan daripada siri persidangan WCIT 2017 anjuran Universiti Sultan Azlan Shah (USAS).

Katanya, turut akan diusulkan cadangan iaitu bekas Setiausaha Agung ASEAN, Tan Sri Dr Surin Pitsuwan selaku Pengarah yang pertama manakala USAS sebagai pusat operasi badan tersebut kelak.

“Kita akan bawa bersama tokoh-tokoh terkenal seperti Shaykh Muhammad Yahaya Al-Ninowy dan beberapa tokoh lain ke dalam pusat ini yang berperanan menjadi pusat utama untuk mengadakan proses jalinan dengan seluruh dunia berkaitan matlamat mewujudkan keamanan tanpa keganasan,” katanya.

Katanya lagi, ia akan dilaksanakan secepat mungkin setelah mendapat persetujuan semua pada sesi persidangan tersebut.

“Pusat ini akan memberikan fokus bagi kerja-kerja mewujudkan keamanan dan tanpa keganasan yang akan dijadikan resolusi dalam persidangan bakal diumumkan esok, hasil perbicangan akan tertumpu di pusat ini kelak, dan menjadi bahan rujukan semua,” katanya lagi.

Kata Zambry lagi penganjurkan persidangan seumpama ini adalah merupakan satu penyampaian serta pengupasan idea untuk disebarkan terutamanya kini bagi memwujudkan keamanan yang disifatkannya sebagai proses jangka panjang.

“Kita tidak boleh terhenti di satu tahap dengan hanya mengadakan seminar satu tahun dan kita tutup buku dan berseronok tetapi satu program yang berterusan untuk dilaksanakan

“Malah kita bawa tokoh dari luar datang ke negeri Perak membentangkan isu berkaitan keamanan dan apabila mereka pulang kelak mereka akan sampaikan idea kita mahu laksanakan dan komitmen negeri dan negara bagi mewujudkan keamanan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");