Sukan Hari Ini

Welson Sim Ketuai 51 Atlet Sarawak Dalam Sukan SEA, Sukan Para ASEAN Terima Habuan RM557,000

PERENANG sensasi negara, Welson Sim Wee Sheng membawa pulang habuan RM32,000 semalam sebagai insentif atas kejayaannya memenangi dua pingat emas, satu perak dan satu gangsa dalam Sukan SEA Ke-29 di Kuala Lumpur, baru-baru ini, lapor Stadium Astro.

Meski gagal memperoleh emas, atlet renang paralimpik Mohd Adib Iqbal Abdullah menjadi atlet kedua yang menerima habuan terbanyak dengan RM29,000 selepas memenangi dua pingat perak dan tiga gangsa.

Turut menerima habuan lumayan ialah atlet paralimpik untuk acara renang, Anderson Jamba yang mencipta dua emas dan satu perak. Kemenangan ini membolehkan Anderson membawa pulang RM27,000.

Seorang lagi atlet renang paralimpik Fraidden Dawan pula memenangi dua emas dan satu gangsa untuk mengutip RM25,000.

Ratu terjun negara, Pandelela Rinong Pamg dan atlet wushu, Loh Jack Chang yang masing-masing memenangi dua emas untuk menerima habuan RM20,000 setiap seorang.

Secara keseluruhan, seramai 51 atlet dari Bumi Kenyalang iaitu 24 atlet Sukan Sea dan 27 atlet Para Asean yang mengutip 81 pingat termasuk 23 emas telah menerima insentif masing-masing, dengan habuan keseluruhan bernilai 557,000.

Insentif Kerajan Negeri itu disampaikan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg. Turut hadir Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");