Membawang Hari Ini

Wonder Woman Guna Tikar Yoga Buat Kostum

KADANGKALA watak adiwira boleh menjadi inspirasi bagi golongan peminat filem untuk menjadi sangat kreatif.

Seorang jurusolek dari Australia yang juga penghibur parti kanak-kanak, Rhylee Passfield menjadikan watak adiwira wanita kegilaan masyarakat di seluruh dunia, Wonder Woman sebagai inspirasi untuk menghasilkan kostum yang hampir 100 peratus sama.

Rhylee hanya menggunakan tikar yoga, pita pelekat dan penyumpit rekat (heat gun) untuk menghasilkan kostum tersebut.

“Sejujurnya, saya mula membuat semuanya hanya dengan menggunakan pita pelekat.

“Kemudian, saya potong corak daripada bentuk pita pelekat itu dan menyalinnya ke atas tikar yoga dan mengegamnya menggunakan gam kuat,” katanya memetik laporan Daily Mail Australia.

Wanita kreatif itu menghabiskan masa selama 50 jam untuk menyiapkannya dan menggunakan penyumpit rekat untuk membentuk korset dan corak breastplate menggunakan kuku palsu.

Manakala aksesori seperti perisai ‘helang’, tali pinggang, perisai kaki, sarung tangan besi dan hiasan kepala diperbuat daripada getah kraf nipis, cebisan vinil dan seluar dalam boyleg pula digunakan untuk menghasilkan bahagian skirt.

Bahagian kasut pula adalah disolek menggunakan cat yang boleh dicari pada kedai barangan murah.

“Kos menyiapkan kostum ini adalah $30 (RM94) dan memerlukan masa selama 50 jam. Ia merupakan pengalaman kali pertama saya menghasilkan sesuatu seperti ini,” kata Rhylee.

Kata wanita itu, melukis adalah minatnya sejak dari kecil dan kini dia mahu meluaskan bakat tersebut dengan lebih serius.

Kostum tersebut menjadi cabaran buatnya untuk menguji kebolehan seninya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");