Perak Hari Ini

Zahid Sahkan Mugabe Pernah Datang Ke Malaysia Beberapa Kali

BAGAN DATUK: Kerajaan Malaysia mengesahkan Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe pernah datang ke sini, bagi mendapatkan rawatan di sebuah hopsital swasta, di ibu negara.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Mugabe, 93, telah datang ke Malaysia dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini dan mendapatkan rawatan tidak kurang dariapda tiga kali.

“Kita tidak ada sebarang halangan kerana kita juga sedang menggalakkan pelancongan kesihatan.

“Oleh sebab itu, sesiapa sahaja yang mahu mendapatkan rawatan (di Malaysia), amat kita galakkan.

“(Pada masa sama) kita juga tidak akan mencampuri urusan politik dalaman negara,” katanya kepada media selepas menyempurnakan perasmian Program Fiesta NBOS Sayang Malaysia, di SMK Hutan Melintang, dekat sini, pada Ahad.

 

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berkenaan laporan media antarabangsa yang mana terdapat dakwaan Mugabe akan Malaysia ataupun Singapura, bagi mendapatkan rawatan kesihatan.

Terdahulu, media turut melaporkan pemimpin tersebut pernah ke Singapura, bagi mendapatkan rawatan kanser dan katarak.

Mugabe yang memerintah Zimbabwe hampir empat dekad itu kini sedang berdepan tekanan peletakan jawatan dari pihak tentera.

Bagaimanapun, Mugabe ‘masih berdegil’ dan pada masa sama, Afrika Selatan telah menghantar wakil mereka untuk membantu rundingan di antara Mugabe dan pihak tentera.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");