Membawang Hari Ini

Zahirah Diamkan Diri, Zul Mohon Diberi Penjelasan

BERDIAM diri tak bermaksud bersalah. Tapi kadang kala, diam itu lebih baik daripada berkata apa-apa yang mungkin boleh mengeruhkan keadaan.

Sekali lagi, pelakon lelaki pujaan ramai, Zulkifli Ariffin atau Zul Ariffin mengakui bahawa dia sudah mula muak dengan isu yang terpalit antara Zahirah Macwilson, Kamal Adli dan bekas kekasihnya, Emma Maembong.

Zul menerusi BH Online, mengakui bahawa selepas kontroversi itu timbul, hubungannya bersama dengan Zahirah menjadi goyah apabila kekasihnya itu dikatakan menjadi orang ketiga dalam hubungan Kamal dan Emma.

“Ketika isu itu tercetus, saya dan Zahirah gaduh serta tidak cakap selama tiga minggu. Saya hanya dapat tahu mengenai isu itu apabila Emma hubungi saya, bukan daripada mulut Zahirah atau Kamal.

Saya mengakui terasa hati tetapi tidak marah. Isu ini sepatutnya dapat dielak tetapi apa boleh buat, semua sudah berlaku.

“Hubungan Kamal dan Emma sudah baik, Zahirah pula apa yang dia dapat?”katanya ketika ditemui oleh ketika malam kemuncak Anugerah Skrin 2017 malam tadi di PWTC.

Pelakon utama filem Tombiruo:Penunggu Rimba itu mengakui bahawa Zahirah yang sepatutnya berusaha untuk memperbaiki hubungan mereka yang goyah sejak isu itu mula naik.

Selain itu, pelakon wanita berusia 22 tahun itu turut perlu untuk bersemuka dengannya dan tidak terlalu mengikut kata hati hingga mencetuskan isu lain yang akan membuatkan keadaan jadi lebih buruk.

“Saya kesal kerana isu ini tidak sepatutnya berlaku. Ada rakan di lokasi penggambaran beritahu bahawa Zahirah tertekan apabila kami berselisih faham dan lama tidak berhubung.

“Apa perlu digaduhkan, hubungi saja saya. Perlukah Zahirah menyemarakkan hati dengan melakukan perkara yang boleh menimbulkan isu lain?

“Kami tiada medium lain untuk memperbaikinya. Dia hanya perlu bersemuka dengan saya,” tambah Zul lagi.

Menurut pelakon kelahiran Taiping, Perak itu, dia berfikir bahawa jika benar Zahirah mahu berubah, dia perlu mulakan dengan secepat mungkin namun jika sebaliknya, Zul mungkin tidak akan menyalahkan gadis berketurunan Melayu British itu.

Zul mengakui bahawa selepas apa yang terjadi, kepercayaanya terhadap kekasih hatinya itu sedikit sebanyak telah berkurangan, namun Zul tetap tidak mahu memberi jawapan yang panjang lebar.

“Saya tidak boleh nak menjawab soalan ini. Saya amat terasa,” katanya.

Dalam masa yang sama, Zul turut menafikan anak patung ikan jerung yang dimiliki oleh Zahirah itu merupakan kepunyaannya. Sebaliknya anak patung itu diberikan kepada mereka oleh peminat masing-masing.

“Patung itu peminat yang beri kepada saya kerana ia ada kaitan dengan drama sayaTitian Cinta. Manakala yang Zahirah pegang di lapangan terbang itu peminat dia yang beri pada ketika itu.

“Ia bukanlah patung yang sama dan ia tiada kena mengena atau menggambarkan hubungan kami sekarang,” jelas Zul dipetik daripada portal mStar Online.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");