Perak Hari Ini

Zambry Sekali Lagi Bantu Mangsa Kemalangan

IPOH – Di dalam kesibukan tugas rasmi seharian, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir tetap prihatin terhadap mangsa musibah yang berlaku.

Terbaharu, beliau sanggup berhenti membantu seorang penunggang motosikal yang terlibat dalam kemalangan berhampiran Sekolah Rendah St. Michael, di sini, kira-kira pukul 2.30 petang Khamis.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik bekas wartawan Utusan, Syahril A. Kadir, ketika kejadian Zambry dalam perjalanan menuju ke suatu tempat sebelum meminta pemandunya untuk berhenti seketika bagi bantu mangsa.

Turut kelihatan dua buah ambulans bersama-sama dengan beberapa orang awam selesai memberikan bantuan kepada mangsa yang cedera parah dan terbaring di tepi jalan.

Mangsa yang dipercayai berusia lewat 20-an itu difahamkan mengalami kecederaan serius di kaki dan kini  menerima rawatan kecemasan di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.

Seperti yang diketahui, ia bukan perkara luar biasa buat Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Pangkor itu kerana beliau sering melakukan perkara sama sebelum ini jika terserempak kejadian tidak dijangka. – MYNEWSHUB.CC

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");