Perak Hari Ini

14 Cedera Dalam Kemalangan Bas Dan Dua Lori

GOPENG:Seramai 12 penumpang dan seorang pemandu bas ekspres cedera selepas bas dinaiki mereka terbabit kemalangan dengan dua buah lori di Kilometer 294.7 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara pada awal pagi disini hari ini.

Menurut sumber jurucakap Jabatan Bomba Dan Penyelamat Perak, panggilan kecemasan diterima pihaknya sekitar jam 5.41 pagi tadi.

Difahamkan kemalangan membabitkan bas ekspres, lori kontena dan sebuah lagi lori membawa muatan kertas.

“Pemandu lori kontena juga mengalami kecederaan cedera selepas didapati tersepit di tempat duduknya manakala pemandu dan penumpang sebuah lagi lori didapati selamat,” kata sumber.

?Kata sumber, anggota bomba telah membawa keluar pemandu lori kontena yang tersepit dan mengalami kecederaan sebelum diserahkan kepada pasukan perubatan.

Difahamkan juga menurut saksi kejadian bas ekspres tersebut telah merempuh bahagian belakang lori treler berkenaan manakala sebuah lagi lori tanpa membawa sebarang muatan telah merempuh belakang bas berkenaan hingga mengakibatkan penumpang di dalam bas cedera.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");