Berita Hari Ini

2 Warga Palestin Terkorban Dalam Letupan

GAZA: Dua pejuang Palestin terkorban di Gaza semalam, dalam letupan yang tidak diketahui puncanya, dengan rejim Zionis menafikan bertanggungjawab di atas kejadian itu seperti dakwaan pihak berkuasa di wilayah ditadbir Hamas itu.

Keadaan kejadian itu, yang berlaku berhampiran utara Semenanjung Gaza bersempadan dengan Israel, membuka persoalan sama ada letupan itu adalah kemalangan.

Menurut BH Online, menerusi laporan AFP, Kumpulan Jihad Islam berkata, dua pejuang itu adalah anggota sayap bersenjata, mengesahkan mereka terkorban ketika menjalankan ‘misi jihad’.

Mereka dikenali sebagai Hussein Ghazi Nasrallah, 25 dan Mustafa al-Sultan, 29.

Jihad Islam berkata, mereka adalah sebahagian unit kejuruteraan kumpulan itu.

Kementerian Kesihatan Palestin, pada awalnya berkata mereka menjadi sasaran serangan Israel ketika menunggang motosikal tetapi segera disangkal rejim.

Jihad Islam berjuang bersama-sama Hamas dalam peperangan terakhir dengan Israel pada 2014.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");