Berita Hari Ini

20,000 Warga Israel Berarak Bantah Netanyahu

TEL AVIV:  Kira-kira 20,000 warga Israel menunjuk perasaan di Tel Aviv kelmarin bagi menentang rasuah dalam kerajaan dan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu yang disiasat kerana dakwaan penyelewengan.
Menurut K! Online, demonstrasi itu adalah yang terbesar sepanjang minggu lalu dan tercetus ekoran dakwaan rasuah terhadap Netanyahu.
Pemimpin itu disyaki terlibat dalam dua kes rasuah. Kes pertama melibatkan beliau menerima hadiah daripada beberapa ahli perniagaan dan penyelewengan kedua membabitkan rundingan dengan seorang pemilik akhbar supaya beliau diberikan liputan meluas sebagai balasan untuk menyekat pesaing-pesaing akhbar harian itu.
Seorang jurukamera agensi berita Reuters dan media Israel melaporkan, demonstrasi itu disertai oleh 20,000 orang, manakala polis enggan memberikan anggaran rasmi.
Netanyahu menyifatkan dirinya sebagai mangsa fitnah dan berkata: “Tidak akan ada apa-apa kerana sebenarnya tiada apa-apapun.”
Sekiranya didakwa di mahkamah, Netanyahu akan berdepan tekanan untuk meletakkan jawatan atau mengadakan pilihan raya baharu bagi menguji sama ada beliau masih mendapat mandat penduduk Israel.
Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");