Jenayah

30 Individu Ditangkap Di Pusat Hiburan

Kuala Lumpur: Ops Pusat Hiburan sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras membuat serbuan awal pagi tadi kira-kira jam 1 pagi, di sebuah pusat hiburan di Jalan Pudu Ulu Cheras.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Abdul Ghani Mohamad Ji, berkata, dalam serbuan yang berakhir jam 7 pagi itu berjaya menahan seramai 30 individu membabitkan 16 lelaki dan 14 wanita berusia lingkungan 19 hingga 50 tahun.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati 12 wanita terbabit dipercayai bekerja sebagai GRO di pusat hiburan itu.

Abdul Ghani menjelaskan juga yang tangkapan ini melibatkan pekerja dan pelanggan pusat hiburan selepas ujian air kencing mendapati positif dadah jenis methamphetamine.

“Kita kemudian telah merampas dadah jenis ketamin (1.94 gram) dan serbuk MDMA (36.88 gram) yang dianggarkan bernilai RM1,100,” katanya.

Beliau tidak menafikan pada kemungkikan terdapat aktiviti penjualan dadah di pusat hiburan berkenaan.

Pihaknya bagaimanapun masih menyiasat siapa dalang terlibat menjual barang terlarang di pusat hiburan.

“Hasil risikan polis, penjualan dadah dilakukan oleh individu tanpa pengetahuan pengusaha pusat hiburan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");