Perak Hari Ini

300 Peminat Sukan Berbasikal Kayuh Sekitar Ipoh

IPOH: Kira-kira 300 peminat sukan berbasikal seluruh negeri Perak telah menjayakan Perak Silver Nite Ride yang diadakan hari ini.

Acara yang berlangsung sebentar tadi merupakan acara penutup bagi siri tahun ke-4 penganjuranya.

Presiden Ipoh Foldies, Muhammad Remy berkata acara berbasikal pada waktu malam ini diadakan secara berkala iaitu, sebulan dua kali, setiap hari rabu.

Katanya, pada kebiasaan, jumlah peserta boleh menjangkau sehingga 400 orang yang ada antaranya datang daripada Kuala Kangsar dan Teluk Intan.

“Acara kayuah kita ini dilengkapi dengan sokongan oleh pihak polis dan paramedik.

“Para peserta pada malam ini juga akan berbasikal di sekitar bandaraya Ipoh, secara santai, sepanjang kira-kira 25 ke 30 kilometer,” katanya.

Beliau turut berharap agar Kerajaan Negeri Perak dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak dapat terus memberi sokongan terhadap akitiviti sihat ini, pada tahun hadapan.

“Ini lah satu-satunya cara untuk kita mengumpulkan peminat-peminat sukan berbasikal yang mana selain memupuk gaya hidup sihat acara seperti ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan sesama peminat sukan ini, dalam kalangan masyarakat yang berbilang bangsa dan berlainan umu,” jelasnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di perkarangan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak, dekat sini, hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");