Jenayah

31 Individu Ditahan Dalam Operasi Cantas Khas

JOHOR BAHRU: Seramai 31 individu ditahan Polis dalam 21 serbuan yang dilakukan dalam Operasi Cantas Khas bagi membanteras kegiatan geng kongsi gelap di seluruh negeri ini.

Menurut kenyataan di Facebook Polis Johor, daripada 21 serbuan yang dibuat sejak malam tadi, seramai 257 individu diperiksa dan 31 daripadanya ditangkap atas pelbagai kesalahan.

“Jabatan Siasatan Jenayah negeri melancarkan Operasi Cantas Khas bermula 12 tengah malam hingga 6 pagi tadi bagi membanteras kegiatan geng kongsi gelap di seluruh negeri ini.

“Dalam 21 serbuan yang dilakukan, seramai 31 individu ditangkap atas pelbagai kesalahan. Sasaran utama operasi ini ialah ke atas premis atau pusat hiburan yang menjadi tempat pertemuan ahli-ahli kongsi gelap berkumpul,” katanya.

Dalam pada itu, polis menegaskan bahawa mereka akan membenteras mana-mana kumpulan kongsi gelap yang cuba menimbulkan kekacauan dan ketakutan kepada masyarakat.

– UTUSAN ONLINE

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");