Berita Hari Ini

4 Warga Palestin Terbunuh

GAZA: Empat penduduk Palestin dibunuh dan ratusan lagi cedera dalam pertempuran dengan tentera Israel, susulan pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel oleh Washington.

Pengumuman Presiden Donald Trump pada 6 Disember itu mencetuskan kutukan global, selain demonstrasi yang diadakan di seluruh negara Arab dan Islam.

Menurut laporan BH Online, menerusi AFP, tiga terkorban dalam pertempuran antara tentera rejim Zionis dan penduduk Palestin yang bersenjatakan batu.

Dua maut di sepanjang sempadan Israel dan Semenanjung Gaza, kata Kementerian Kesihatan Palestin, selepas Hamas menggesa satu lagi ‘Hari Kemarahan’.

Mangsa ketiga dibunuh dalam pertempuran di utara Baitulmaqdis selepas ditembak di dada oleh tentera Israel.

Seorang lagi ditembak mati selepas menikam pegawai polis sempadan Israel di pusat pemeriksaan di pinggir Ramallah.

Keganasan berlaku beberapa hari sebelum Naib Presiden, Mike Pence, dijangka melawat Israel, walaupun tidak akan berjumpa pegawai Palestin selepas mereka membatalkan pertemuan dalam bantahan susulan tindakan Washington.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");