Berita Hari Ini

400,000 Kanak-Kanak Di Congo Diancam Kematian: UNICEF

PERTUBUHAN BANGSA BERSATU: Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNICEF) pada Selasa memberi amaran, sekurang-kurangnya 400,000 kanak-kanak di Republik Demokratik Congo mengalami masalah pemakanan tidak seimbang dan boleh mengakibatkan kematian pada 2018, lapor agensi berita Xinhua.

Keadaan yang teruk di rantau Kasai di negara itu, sebahagian besarnya disebabkan keganasan, perpindahan besar-besaran dan kekurangan hasil pertanian dalam tempoh 18 bulan lalu, menurut UNICEF dalam satu kenyataan akhbar memetik sumber Bernama.

Meskipun situasi keselamatan telah stabil dan beberapa penduduk mula kembali ke rumah masing-masing, namun keadaan kemanusiaan masih di tahap kritikal.

Keganasan dan perpindahan 1.4 juta orang menyebabkan kekurangan bekalan makanan, dengan dua pertiga isi rumah tidak mampu untuk mengusahakan tanah pertanian mereka.

Kekuranagan bekalan makanan telah menjejaskan kebanyakan wilayah di rantau berkenaan, dan keadaan dijangka bertambah buruk menjelang Jun 2018, memandangkan musim penanaman sudah berakhir.

Kemudahan kesihatan yang turut musnah, menjadikan keadaan lebih sukar bagi menyediakan rawatan perubatan dan penjagaan untuk kanak-kanak yang kekurangan zat makanan.

Kira-kira 220 pusat kesihatan musnah, dirompak atau rosak, sekaligus mengurangkan akses kepada penjagaan kesihatan dan peningkatan risiko dalam penyebaran penyakit berjangkit seperti campak, kata UNICEF.

Tambah UNICEF, lebih 750,000 kanak-kanak di rantau Kasai mengalami kekurangan zat makanan, sementara 25 zon kesihatan di rantau itu berada dalam keadaan krisis makanan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");