Berita Hari Ini

5,739 Perwakilan Perhimpunan Agung UMNO 2017 Mula Mendaftar

KUALA LUMPUR – Seramai 5,739 perwakilan dari 191 UMNO Bahagian seluruh negara mula membuat pendaftaran di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pagi ini bagi membolehkan mereka mengikuti persidangan Perhimpunan Agung UMNO 2017 (PAU2017) yang bakal bermula esok.

PAU 2017 akan berlangsung 5 hingga 9 Disember dengan acara rasmi akan bermula dengan program taklimat presiden dan diikuti majlis perasmian Perhimpunan Agung pergerakan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO pada sebelah malamnya.

Pada 6 Disember persidangan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri, manakala malamnya pula mesyuarat khas Majlis Tertinggi UMNO.

PAU 2017 dijangka akan menampilkan pelbagai pembaharuan termasuklah memperlihatkan pencapaian-pencapaian yang telah dilakukan oleh UMNO selama ini serta semangat ahli bagi berhadapan pilihan raya umum ke-14.

Selain itu pelbagai pembaharuan juga dilaksanakan antaranya mengurangkan penggunaan kertas yang tidak lagi seperti tahun-tahun sebelum ini termasuklah untuk para perwakilan yang mana mereka tidak lagi lagi menerima penyata persidangan sebaliknya akan diberikan kepada Ketua serta Setiausaha UMNO bahagian dan Ahli Majlis Tertinggi sahaja.

Menerusi PAU 2017 ini juga turut memperkenalkan penggunaan Radio Frequency Identification (RFID) untuk para perwakilan yang akan memasuki dewan-dewan persidangan selain laman media juga turut diubahsuai dengan ditempatkan di aras 4 bagi memudahkan para petugas media membuat liputan. – MediaUMNO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");