Perak Hari Ini

6 Cedera, Bas Ekspres Langgar Lori

KUALA KANGSAR: Lima penumpang bas dan seorang pemandunya cedera selepas bas ekspres dinaiki mereka merempuh sebuah treler di Kilometer 249.6 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan, berhampiran kawasan rehat dan rawat (R&R) Sungai Perak, awal pagi ini.

Menurut sumber Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak kejadian dikatakan berlaku sekitar jam 3.44 pagi.

Difahamkan bas tersebut membawa 42 penumpang bagaimanapun pemandu kedua serta 37 penumpang lain dilaporkan selamat.

“Pihak penyelamat mendapati kemalangan itu membabitkan sebuah bas ekspres dua tingkat dengan sebuah treler 25 tan yang membawa muatan habuk kayu,” kata sumber

Katanya, bas berkenaan telah merempuh belakang treler yang diletakkan di bahagian kiri jalan berhampiran susur keluar R&R Sungai Perak.

Berikutan itu, enam orang iaitu lima penumpang dan pemandu bas cedera dan sudah dibawa keluar dari bas oleh orang awam, sebelum dibawa ke hospital menggunakan ambulans.

“Anggota membantu mengeluarkan seorang mangsa yang terselamat yang juga orang kurang upaya cacat penglihatan keluar dari bas menggunakan tangga kecemasan,” katanya.

Menurut saksi, difahamkan pemandu bas tersebut tidak menyedari lori yang berhenti di tepi bahagian jalan tersebut.

Bas tersebut dikatakan dalam perjalanan dari Kangar ke Klang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");