Perak Hari Ini

Hak Menghukum Pelajar Berubah 360 Darjah

IPOH:Pendekatan para guru dalam mendidik dan menegur tindakan anak muridnya kini sudah jauh berubah berbanding dengan zaman dahulu.

Malah kini, hak menghukum dan merotan kelihatan semakin mencabar apabila terdapatnya jurang pemahaman diantara ibu bapa dan pihak guru hingga kuasa mendidik terjejas.

Baru-baru ini viral di media sosial kisah seorang guru iaitu cikgu Azizan yang dikatakan bakal dihadapkan ke Mahkamah pada 19 Disember ini kerana bertindak menampar muridnya.

Difahamkan murid tersebut didenda kerana masalah disiplin yang dilakukannya di salah sebuah sekolah di Seremban.

Mengulas isu tersebut, Peraktoday mendapatkan pandangan perwakilan Dewan Belia Perak bagi berkongsi idea berhubung isu tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Pencegahan Jenayah,Masyarakat sivil dan Patriotisme Dewan Belia Perak R.Nanthakumar berkata unsur prejudis dikalangan para ibu bapa dan kekaburan undang-undang menjadi punca kepada permasalahan semakin meruncing.

Pengerusi Jawatankuasa Pencegahan Jenayah,Masyarakat sivil dan Patriotisme Dewan Belia Perak R.Nanthakumar

“Kebanyakan ibu bapa lebih tahu mengenai sudut undang-undang yang membimbangkan kekaburan dibawah kementerian Pendidikan Malaysia iaitu pekeliling ikhtisas 7 dan 8 iaitu kuasa merotan murid hanya diberikan hak kepada guru besar sahaja.

“Berikutan itu guru menjadi takut untuk mendidik malah ibu bapa pula sekarang bersifat prejudis apabila semua sudah mengetahui hak menuntut,” katanya.

Jelasnya lagi, perlu adanua perjanjian keibubapaan kepada semua anak-anak mereka yang mana jika anak mereka didapati melakukan kesilapan mereka perlu lakukan hukuman khidmat sosial dalam sekitar kawasan sekolah sahaja.

“Ia satu tindakan menghukum dalam mendidik malah netizen juga dinasihati supaya berhenti menghentam, menjadi peguam, dan serba tahu segala sudut di alam ini.

“Perkara kecil digembar gemburkan kuasa media sosial hingga menimbulkan sifat prejudis tanpa menilai sebaiknya terus menghetam tindakan guru,” katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Kerjaya, Sukan, Kebudayaan dan Kesenian Dewan Belia, Mohd Adri Adha Mohamad

Sementara itu bagi Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Kerjaya, Sukan, Kebudayaan dan Kesenian Dewan Belia, Mohd Adri Adha Mohamad berkata kuasa merotan sepatutnya dikembalikan kepada para guru kembali namun sebarang tindakan perlu diketahui oleh ibu bapa.

“Saya dulu pernah dikenakan tindakan disiplin yang mana bukannya untuk menghukum tetapi bagi mendidik serta memberi peringatan.

“Ibu bapa ada juga yang terlalu melindungi anaknya sehingga anak mereka menjadi degil tidak boleh ditegur tidak dikenakan tindakan dan dipertahankan jadi jika ada sebarang tindakan merotan atau menghukum panggil ibu bapa rotan atau lagi baik rotan pelajar itu i depan ibu bapa,” katanya.

Ibu bapa perlu mengetahui kesilapan yang dilakukan oleh anak-anak mereka sebelum tindakan diambil mengikut prosedur yang ditetapkan kementerian.

Belia Mahasiswa, Mohd Nazrin Faizal Sabri

Berbeza pendapat dengan wakil Belia Mahasiswa, Mohd Nazrin Faizal Sabri yang menegaskan bahawa hukuman merotan atau hukuman keras bukannya satu pendekatan terbaik untuk mendidik terutama melibatkan murid-murid di sekolah rendah.

“Guru sepatutnya mendapat hak menghukum kepada pelajar atau budak yang bermasalah sepatutnya  fokus kepada budak itu dan bukannya kepada masalah.

“Jika uruskan mereka sebagai masalah kita pastinya akan menggunakan displin merentasi elemen negatif hingga pelajar mengganggap displin sama dengan hukuman,” katanya.

Jelansya lagi, guru perlu memberikan sokongan moral kepada para pelajar dan jika pelajar disifatkan sebagai satu masalah jurang hubungan antara murid dan pelajar akan terbentuk.

“Sepatutnya jika mereka ada masalah patut lebih rapat dengan guru dan guru tidak boleh berfokuskan bahawa masalah displin sinonim dengan hukuman keras,” katanya.

Katanya pelajar atau murid perlu didekati dengan baik bagi mengetahui punca sebenar masalah tersebut terjadi selain peranan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) untuk lebih tegas dan bekerjasama antara pihak guru dan ibu bapa.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");