Perak Hari Ini

Abdul Puhat Ketuai IBR SUK Perak

Ipoh: Seiring dengan seruan SPRM, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan, mengetuai kakitangan SUK menandatangani ikrar bebas rasuah disini, hari ini.

Perlaksanaan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) pada pagi ini dibuat bagi meningkatkan lagi kesedaran tentang nilai integriti selain memupuk kepada semua kakitangan agar menjadikan budaya berintegriti sebagai sifat utama untuk memperkasakan lagi sifat masing-masing.

Beliau berkata, semangat dan komitmen yang baru ini perlu dijadikan sebagai satu iktibar untuk terus maju kehadapan.

Malah, Abdul Puhat juga menekankan tentang transformasi kepada semua penjawat awam yang berada dibawah pentadbiran pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SUK) ke arah menyokong dan menjayakan Transformasi Nasional yang diperkenalkan kerajaan.

“Kita perlu berusaha untuk mencapai ke satu tahap yang lebih membanggakan dalam perlaksanaan tanggungjawab dan tugas harian kita.

“Kepentingan diri sendiri perlu diketepikan dan menjunjung kepentingan negara dengan penuh amanah dan berintegriti.

Selain itu, beliau juga menyeru kepada semua untuk berusaha meningkatkan ilmu kemahiran kopentensi untuk melaksanakan tanggungjawab.

Malah jelas beliau, kakitangan SUK juga perlu sentiasa bersedia untuk menangani cabaran yang ada pada perubahan politik dan keadaan ekonomi pada masa kini.

“Perbuatan Rasuah bukan sahaja salah di segi undang-undang malah ia juga salah disisi agama. Ia akan melibatkan imej dan persepsi kerajaan terjejas hanya kerana sesuatu organisasi bak kata pepatah, nila setitik, rosak susu sebelanga,” katanya.

Beliau mahu semua kakitangan SUK yang hadir pada pagi ini untuk menjalankan tanggungjawab dengan ikhlas dan amanah supaya Negara akan lebih maju dan aman.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");