Membawang Hari Ini

Aedy Ashraf Tolak Tawaran Secara Elok, Enggan Potong Rambut Kerana Watak

PELAKON Aedy Ashraf mengakui dia terpaksa menolak beberapa tawaran berlakon yang memerlukan dia mengubah gaya rambutnya lebih pendek dan kemas.

Kata Aedy, 24, dia selesa dengan imej rambut panjang dan gaya yang dipraktikkan sejak beberapa bulan lalu memberikan aura berbeza kepada dirinya.

“Saya pun selesa dengan imej rambut panjang seperti sekarang sebab saya mahu mencari kelainan.

“Kalau diperhatikan jarang kita lihat pelakon Malaysia menyimpan rambut panjang, jadi apa salahnya saya pecahkan tradisi itu.

“Memang ada beberapa tawaran berlakon yang meminta saya memotong rambung pendek tetapi saya sendiri tidak mahu. Saya tolak secara elok.

“Tunggulah setahun dua lagi,” katanya kepada Astro Gempak, semalam.

Malah kata Aedy tidak sukar untuk menjaga penampilannya berambut panjang dan tiada penjagaan khusus dilakukan untuk mengekalkan imej itu.

“Paling panjang pernah saya simpan sehingga paras dada dan beberapa bulan lepas saya memotongnya sedikit pendek.

“Untuk penjagaan pula saya akan membuat rawatan rambut dua bulan sekali selain relaxing dan penjagaan asas lain seperti mencuci,” tambahnya.

Nama Aedy baru-baru ini heboh diperkatakan apabila dituduh sedang bercinta dengan penyanyi Nabila Razali.

Bagaimanapun, hubungan cinta itu sekadar gimik untuk mempromosikan muzik video Pematah Hati.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");