Berita Hari Ini

Air Zam Zam Bukan Untuk Dijual Bagi Tujuan Mendapat Keuntungan

Shah Alam: Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata air zam zam bukan air untuk dijual kepada sesiapa bagi tujuan untuk mendapatkan keuntungan.

Beliau menjelaskan bahawa kerajaan Arab Saudi memberi air zam zam secara percuma dan mempersoalkan tindakan beberapa pihak yang menjual air tersebut bagi tujuan komersial.

“Arab Saudi sendiri beri secara percuma kepada umat Islam, jadi kenapa ada pihak yang mengambil kesempatan berniaga.

“Tiada air zam zam yang dieksport oleh Saudi untuk tujuan perniagaan, maka air zam zam yang banyak yang dijual selama ini diambil dari mana?,” katanya.

Ditanya mengenai dakwaan terdapat individu hanya boleh meminum air zam zam sahaja dan tidak boleh meminum air lain, Mohd Asri berkata, jika benar ada kes sedemikian, pihak berkenaan sepatutnya memberikan air zam zam secara percuma dan hanya mengenakan caj upah kerja sahaja.

Sehubungan itu, Mohd Asri meminta rakyat Malaysia untuk mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan yang tidak membenarkan penjualan air zam zam di kedai-kedai seluruh negara.

“Rakyat hendaklah patut kepada arahan Kerajaan. Ini kerana air zam zam yang dijual secara komersial itu kebanyakannya palsu.

“Patuhi arahan kerajaan (ini) kerana jika tidak, ia akan menggalakkan penipuan,” tegasnya.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");