Membawang Hari Ini

Aktor Sasa Jadi Mangsa Raba Saman Ejen

AKTOR Hollywood, Terry Crews yang mendedahkan insiden beliau diraba, memfailkan saman terhadap ejen terlibat.

Laporan Variety mengatakan, saman terhadap Adam Venit yang didakwa meraba alat sulit Crews pada 2016 dibuat selepas suspek digantung kerja oleh agensinya, WME.

WME yang sebelum ini mewakili Crews juga dinamakan sebagai defendan dan dipecat sebagai wakil, bulan lepas.

Saman itu mengatakan Venit ‘memegang alat sulit Crews dengan kuat, menyebabkan mangsa senak’ dan lelaki itu turut membuat aksi seksual menggunakan lidahnya pada hari kejadian.

Kejadian berlaku ketika satu parti pada Februari 2016.

Saman itu turut menyatakan, rakan pelakon Crews, Adam Sandler tahu mengenai insiden berkenaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");