Berita Hari Ini

Alberto Fujimori Bebas Hukuman Penjara 25 Tahun

LIMA: Presiden Peru, Pedro Pablo Kuczynski memberi pengampunan kepada bekas presiden, Alberto Fujimori, sekali gus membebaskan beliau daripada hukuman penjara selama 25 tahun atas sabitan jenayah hak asasi manusia dan rasuah.

Keputusan itu diumumkan lewat malam tadi, menggembirkan penyokong Fujimori yang berkumpul di hadapan hospital di Lima, iaitu lokasi bekas presiden dirawat selepas dibawa ke hospital kelmarin dengan ambulans akibat masalah tekanan darah rendah dan keadaan jantung tidak normal.

Pengumuman itu juga dianggap mengejutkan sebahagian besar rakyat Peru dan ia dijangka menimbulkan pergolakan di negara itu, selain desakan supaya anggota Kabinet meletak jawatan.

Malah, seorang anggota parti pemerintah, Alberto de Belaunde mengumumkan di Twiiter keputusannya untuk keluar daripada parti pimpinan Kuczynski.

Sementara itu, pejabat Kuczynski dalam satu kenyataan berkata, laporan perubatan menunjukkan Fujimori, 79, yang mentadbir Peru dari 1990 hingga 2000 sedang menderita ‘penyakit yang tidak boleh diubati’.

Berita pengumuman itu dibuat sehari selepas Kuczynski terselamat daripada undian penyingkiran di Kongres atas tuduhan skandal rasuah, sekali gus ia menimbulkan spekulasi bahawa pembebasan Fujimori adalah jaminan bagi membolehkan Kuczynski mengekalkan kedudukannya sebagai Presiden Peru.

Bagaimanapun, khabar angin itu dinafikan Kerajaan Peru memetik sumber Reuters.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");