Membawang Hari Ini

Aqasha Gagal Melangkah Ke Separuh Akhir GV

PENYANYI Aqasha menjadi peserta kelima yang tersingkir pada minggu keenam daripada program Gegar Vaganza musim keempat (GV).

Persembahan Aqasha dengan lagu ”That’s Why You Go Away’ nyanyian asal Michael Learns To Rock itu ternyata gagal mencuri hati juri yang terdiri daripada Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang, Datuk Haji Mokhzani dan Datuk AC Mizal.

Malah komen awal Ramli MS yang hanya berkata ‘what happened to you?’ seperti telah membayangkan siapa yang tersingkir.

“Saya sendiri tidak puas hati dengan persembahan, tak seperti waktu latihan.  Tapi biasalah bila atas pentas, semua boleh jadi,” ujar Aqasha dalam satu temu bual, malam tadi, menerusi laporan Sinar Online.

Dengan penyingkiran Aqasha bermakna tujuh peserta lagi berjaya melangkah masuk ke peringkat separuh akhir pada minggu hadapan.

Tujuh peserta tersebut adalah Liza Hanim, Hazami, Aishah, Tia Jinbara, Firman, Syura dan Lan Solo.

Sementara itu, anugerah Gelora Vida Vaganza dimenangi oleh Aishah.

GV4 dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse. Ia disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Juara GV musim keempat ini bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi manakala RM50,000 untuk naib juara. Tempat ketiga, keempat, kelima dan keenam pula masing-masing bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM30,000, RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 berserta trofi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");