Panasnya Hari Ini

Artis-Artis Seni Muda Berpotensi Tinggi

Kuala Lumpur: Pelbagai tema yang dibawa oleh 6 orang pelukis muda yang menunjukkan bakat mereka sebagai pelukis yang bertaraf professional serta berusaha untuk menampilkan karya yang tersendiri.

Balai Seni Negara berusaha untuk menolong artis-artis muda dimana antaranya Azizi Saad, Azizul Nasir, Haziq Syawal, Mohamad Faiz, Mohamad Farhan dan Fatah Ali dengan menonjolkan bakat mereka untuk bersaing dalam industri seni dan berharap dengan pendedahan ini, mereka mendapat membuka peluang untuk mempamerkan bakat dan potensi.

Ahli Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara, Phillip Wong, merasmikan Majlis Perasmian Pameran New Comers 2 di Creative Space 2 Artiseri Seri Pacific Kuala Lumpur, pada hari ini.

“Perkara ini amat menarik kerana seperti kita tahu seni adalah suatu penghayatan yang dapat memberikan terapi dalam diri.

“Melalui seni juga kita akan mengetahui tentang pelbagai mesej yang ingin disampaikan,” kata Phillip.

Beliau juga menjelaskan bahawa pameran ini memperlihatkan kepelbagaian idea dan genre yang ingin dikongsi dan disampaikan oleh pelukis, malah pendekatan seni visual yang dipaparkan tidak hanya terikat pada satu gaya tetapi dapat menarik minat umum untuk mendekati seni.

“Peluang ini jika digunakan dengan sebaiknya, ia akan memberi impak positif kepada kerjaya pelukis dan memberikan kekuatan di dalam industri seni tanah air,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Phillip Wong menambah, tidak kira jika baru menapak,lama, muda ataupun tua, di dalam industri seni perlu mempunyai semangat yang tinggi dan bekerja keras untuk mengadakan masa hadapan yang cerah dan mengharumkan nama seni di negara.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");