Sukan Hari Ini

Atletico Tersingkir, Chelsea Berdepan Risiko

LONDON: Atletico Madrid disingkirkan daripada Liga Juara-Juara selepas seri 1-1 di Chelsea seterusnya menafikan pasukan dari England itu kedudukan teratas Kumpulan C.

Ia malam mengecewakan buat kedua-dua kelab di Stamford Bridge dalam saingan awal pagi tadi ketika masing-masing tidak dapat apa yang mereka mahukan dalam saingan terakhir peringkat kumpulan.

Atletico perlu menang bagi mencerahkan peluang untuk mara dan tandukan babak kedua Saul Niguez meletakkan pelawat di depan namun Chelsea menyamakan kedudukan menerusi jaringan sendiri Stefan Savic.

Akhirnya kemenangan Roma berdepan Qarabag dalam satu lagi perlawanan menjadikan keputusan itu tidak relevan buat skuad kendalian Diego Simeone yang gagal layak ke kelompok 16 terakhir buat kali kedua dan pertama sejak musim 2009-10.

Ia saat yang memeritkan buat Atletico dan selepas menamatkan saingan Liga Juara-Juara selaku naib juara pada 2014 dan 2016, mereka kini sekadar beraksi di Liga Europa.

“Ia sebahagian bola sepak. Ia menyakitkan tetapi itu bukanlah alasan. Ia tanggungjawab kami,” kata Simeone memetik sumber AFP.

“Ini boleh menjadi cabaran baharu. Semua yang buruk kami boleh jadikan sesuatu yang positif.”

Selepas tewas dan seri berdepan Roma, Chelsea menamatkan saingan di tangga kedua di belakang kelab Itali itu berdasarkan rekod pertembungan mereka.

Ia menjadi berita buruk buat skuad kendalian Antonio Conte yang boleh berdepan pasukan gergasi termasuk Barcelona dan Paris Saint-Germain pada undian 16 pasukan terakhir.

“Kami cuba bermain permainan kami. Kami mencipta banyak peluang untuk menjaringkan gol. Apabila anda bermain seperti ini dan mencipta banyak peluang, anda mesti berpuas hati,” kata Conte.

“Lawan kami (pada pusingan seterusnya) tidak akan gembira menentang kami.”

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");