Panasnya Hari Ini

‘BACK TO SCHOOL’ YPM@KKLW Beri Keceriaan Pada Pelajar

UMNO mahu anak-anak miskin dari keluarga yang kurang bernasib baik mendapat akses pendidikan terbaik dan tidak tercicir hanya kerana tidak berkemampuan.

Justeru itu, YPM dengan kerjasama Puteri dan Pergerakan Pemuda UMNO mengambil initiatif  melaksanakan program ‘BACK TO SCHOOL’ YPM@KKLW bagi memberi sinar keceriaan kepada keluarga yang kurang berkemampuan dan miskin Bandar.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Beliau,  Datuk Seri Ismail Sabri berkata , usaha YPM merupakan sesuatu yang wajar dicontohi dimana ia bukan sahaja mampu meringankan bebanan keluarga malah turut membolehkan anak-anak memasuki sesi persekolahan dengan lebih ceria.

“Sebanyak 38,200 beg serta kelengkapan sekolah disediakan untuk diagihkan sama rata di semua 191 UMNO bahagian dimana ia akan disampaikan kepada penerima yang dikenal pasti oleh Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian masing-masing.

“ Dan setiap bahagian dan parlimen akan menerima sejumlah 200 beg untuk diagihkan.

“Bagi Sarawak pula, Pemuda dan Puterima UMNO difahamkan akan bekerjasama dengan Pemuda PBB di bawah kepimpinan YB Datuk Seri Haji Fadillah dan menjadikan semua 222 parlimen terlibat di dalam program ini.

Sehubungan itu katanya, dengan initiatif berkenaan seramai 44,400 pelajar akan menerima manfaat daripada program tersebut dimana ia melibatkan RM1.8 juta kos keseluruhan.

“Saya amat berharap dengan pemberian bantuan yang terus ke akar umbi ini dapat meningkatkan semangat dan motivasi diri kepada semua pelajar untuk meneruskan pendidikan walaupun berkesempitan hidup” kata ketika berucap di Majlis Perlancaran Program ‘Back To School’ YPM@KKLW 2018 di PWTC hari ini.

Tambahnya lagi, dasar pendidikan dan pembasmian kemiskinan Negara sememangnya menjadi aspek penting dimana ia akan dibahaskan di Perhimpunan Agung UMNO setiap tahun.

Justeru itu katanya, adalah menjadi peranan UMNO untuk melinat anak-anak miskin menerima pelajaran yang baik.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");