Berita Hari Ini

Badak Sumbu Sumatera Betina Terakhir Hadapi Masalah Kesihatan Serius

KOTA KINABALU: Hanya selepas setengah tahun kematian Puntung, badak sumbu Sumatera betina terakhir yang hidup di Malaysia yang dinamakan Iman pula mengalami masalah kesihatan yang serius.

Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Augustine Tuuga berkata badak sumbu itu mengalami pendarahan daripada tumor di rahimnya yang bermula sejak tiga hari lepas.

“Selalunya, ini boleh dirawat dengan ubat dan makanan tambahan. Kali ini Iman enggan meninggalkan kubangnya dan tidak lalu makan, jadi rawatan biasa tidak boleh digunakan. Dia menyerang sesiapa yang datang dekat,” katanya dalam satu kenyataan lapor Bernama.

Dipercayai satu daripada tumor Iman yang besar mungkin telah pecah dan menyebabkan pendarahan dan kesakitan.

Beliau berkata Tabin (sebuah hutan simpan di Lahad Datu) menerima hujan hampir enam meter dalam 2017, jadi padok Iman menjadi becak dan berselut serta menyukarkan keadaan.

“Kedua-dua veterinar Borneo Rhino Alliance terus memantau Iman bersama penjaganya. Kami mengharapkan yang terbaik dan akan memastikan orang ramai mengetahui perkembangannya,” kata Augustine.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");