Membawang Hari Ini

Bakal Tamatkan Pengajian Sarjana, Peminat Puji Kesungguhan Sufian Suhaimi

BIARPUN sibuk dengan jadual yang padat, penyanyi Sufian Suhaimi tetap memberikan masa terhadap bidang pelajaran.

Menyambung pelajaran di peringkat Sarjana dalam bidang Komunikasi Massa di Universiti Teknologi MARA (UiTM), perjalanan Sufian sebagai seorang pelajar bakal tamat tidak lama lagi.

Memetik laporan Astro Gempak, penyanyi lagu Terasa Ada itu berkongsi berita tersebut menerusi kemas kini terbaru di laman Instagram miliknya, @sufiansuhaimi_.

“Semoga penyerahan thesis kali ni lancar dan tak ada amendments. Can’t believe my master is almost complete. Semangat sangat nak submit, pintu pun tak buka lagi. (mata tak tidur satu hari),” tulis Sufian.

Pengikut laman Instagram tunang aktres Elfira Loy itu sempat mengucapkan selamat maju jaya kepada Sufian.

Peminat juga turut memuji kesungguhan Sufian yang tidak mengabaikan pelajaran biarpun sibuk dengan kerjaya sebagai seorang penyanyi.

“@_mrsyahmi: Bakal dapat Master… Terbaik brother.”

“@rdn.zti: Wow! Master di usia begini! Hebatnya anda, idola!”

“@sall_biyyah: Wow, you’re my inspiration. Want to be like you.”

Sufian bakal menamatkan zaman bujang dengan Elfira pada Mac tahun hadapan

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");