Jenayah

Banduan Tak Mengaku Rogol, Liwat Remaja Bawah Umur

KUALA TERENGGANU: Belum pun tamat menjalani hukuman penjara kerana kesalahan merogol, seorang lelaki sekali lagi didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, kerana kesalahan sama.

Memetik laporan BH Online, tertuduh, Engku Muhammad Ajwad Engku Adnan, 22, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas pertuduhan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan (KK) kerana merogol dan Seksyen 377B kanun sama kerana melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii.

Dia yang berasal dari Sungai Tong, Setiu, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azman Mustapha.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merogol mangsa yang ketika kejadian berusia 14 tahun di sebuah rumah di Kampung Pengkalan Merbau, Setiu, jam 3 pagi pada 15 Mac 2015.

Tertuduh turut didakwa dengan sengaja melakukan persetubuhan luar tabii dengan meliwat mangsa sama di lokasi sama, jam 6 pagi pada 15 Mac 2015.

Kedua-dua kesalahan itu masing-masing memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Sejurus pengakuan tidak bersalah tertuduh direkodkan, mahkamah menetapkan 3 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk serahan dokumen.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Syairah Mohamad Razali, manakala tertuduh diwakili peguam, Zul Basysyar.

Ketika ini Engku Muhammad Ajwad sedang menjalani hukuman penjara 30 tahun dan 15 sebatan sejak 8 November lalu, selepas mengaku salah di Mahkamah Sesyen di sini, atas tiga pertuduhan merogol seorang pelajar Tingkatan Satu, dua tahun lalu.

Tertuduh mengaku salah merogol mangsa yang ketika kejadian berusia 13 tahun dua bulan di dalam sebuah kereta yang diparkir di dalam kawasan Sekolah Menengah Kebangsaan Lembah Bidong, Setiu, antara pertengahan Jun 2015 hingga awal Ogos 2015.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");