Jenayah

Bangkai Kera Ditemui Bergelimpangan

TAIPING – Sebanyak 38 bangkai kera ditemui bergelimpangan di kaki Bukit Larut dipercayai mati akibat diracun, pada Khamis.

Kejadian itu disedari orang awam sekitar jam 9 pagi ketika mahu melakukan aktiviti pendakian di bukit terbabit.

Difahamkan pemeriksaan awal dijalankan oleh Zoo Taiping mendapati, kumpulan kera terbabit diracun di sebuah lokasi lain sebelum dibuang ke kawasan peranginan itu memetik sumber Sinar Harian.

Menurut wakil pengurusan Zoo Taiping memaklumkan, kera jenis ekor panjang ini adalah haiwan yang dilindungi dan mereka yang didapati bersalah boleh dikenakan denda sehingga RM3,000.

“Kita telah bawa balik dua bangkai kera ini untuk tujuan bedah siasat dan akan memaklumkannya kepada Jabatan Perhilitan untuk tindakan lanjut.

“Didapati, hidung, mulut dan telinga kera berkenaan berdarah kesan ia diracun,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");