Berita Hari Ini

AS Bantu Russia Gagalkan Serangan

MOSCOW: Amerika Syarikat menyalurkan maklumat risikan kepada Russia yang membantu menggagalkan serangan bom di St Petersburg, kata beberapa pegawai kedua-dua negara semalam, dalam kerjasama jarang berlaku, walaupun hubungan kedua-dua negara tegang ketika ini.

Presiden Russia, Vladimir Putin menghubungi Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump semalam untuk mengucapkan terima kasih di atas maklumat itu, dengan Kremlin menyifatkan ia membantu menggagalkan serangan bom penggganas terhadap sebuah gereja besar di bandar Russia terbabit dan beberapa tempat lain.

Rumah Putih tidak mendedahkan perincian mengenai rancangan serangan itu, namun katanya, serangan terbabit mungkin akan mengakibatkan ramai korban. Bagaimanapun, kedua-dua pihak tidak menyatakan identiti penyerang lapor Reuters.

Amaran Amerika Syarikat membolehkan agensi penguat kuasa Russia menahan beberapa suspek sebelum dapat melaksanakan rancangan mereka, kata Rumah Putih dan Kremlin.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");