Perak Hari Ini

Bapa Lega, Anak Selamat Ke Pangkuan

IPOH: Seorang tukang kasut kini boleh menarik nafas lega selepas anaknya yang dilarikan isteri bulan lalu berjaya ditemui.

Loh Mun Kit, 38 berkata selepas isunya tersebar ke media-media tempatan, pada malam 30 November lalu, dia menerima satu panggilan daripada rakan isterinya yang mengatakan anaknya berada di Kuala Lumpur, bersama ibunya.

Selepas mendapat maklumat berkenaan, Mun Kit kemudiannya ke Ibu Negara bersama ayah dan abangnya bagi menemui anaknya, Loh Xin Yue, 3 bagi menemui isteri dan anaknya di Hotel Pudu, Kuala Lumpur.

“Tidak ada sebarang insiden yang tidak diingini sebaliknya kami berbincang dengan baik.

“Selepas ini juga, saya tidak menghalang dia (isteri) jika mahu bertemu anak kami,” katanya, yang kini sedang menyelesaikan urusan penceraian.

 

Isterinya warga Vietnam, berusia 36 tahun itu dikatakan telah pulang ke negara asalnya pada Isnin minggu lalu.

Dalam pada itu katanya, dia berterima kasih kepada Polis DiRaja Malaysia, dan media tempatan kerana membantunya mendapatkan anaknya kembali.

“Saya bimbang jika anak saya dibawa lari sehingga ke Vietnam,” katanya dalam satu sidang media di Pejabat MCA Perak di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Biro Perkhidmatan Awam dan Pengaduan MCA Perak Jimmy Loh Thim Kheun berkata, sejurus insiden ini dilaporkan, pejabatnya turut menerima dua panggilan telefon daripada orang awam yang bertanyakan tentang  Xin Yue.

Pada masa sama, peguam, Chan Sung Khuen yang ditemui berkata jika ada mana-mana pihak yang berkahwin dengan warga asing, dan mahu bercerai, seharusnya mereka menyelesaikan hal-hal penceraian dan hak penjagaan anak terlebih dahulu.

 

“Mun Kit, bersama-sama peguamnya, telah pun menyelasikan hal penceraian dan hak penjagaan anak, sebelum isterinya pulang ke Vietnam,” jelasnya.

Pada 28 November lalu, Perak Today ada melaporkan yang Mun Kit mendakwa isterinya melarikan diri bersama anaknya.

Walau bagaimanapun, dia yakin kedua-dua mereka masih berada dalam negara kerana didapti isterinya tidak membawa pasport dan MyKid anaknya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");