Panasnya Hari Ini

Beban Polisi Baru Pekerja Asing: Majikan Mahu Kerajaan Tubuh Kaunsel Khas

Petaling Jaya: Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) meminta kerajaan agar mewujudkan satu badan kaunsel khas bagi membincangkan isu-isu berkaitan pengambilan pekerja asing.

Setiausaha MEF, Datuk Shamsuddin Bardan berkata pihak majikan seringkali berdepan dengan kesukaran dan dibelenggu masalah tertentu berikutan polisi kerajaan yang seringkali berubah-ubah.

Jelas beliau, apa yang MEF harapkan adalah sebarang polisi baru yang diwujudkan kerajaan dapat diperbincangkan dengan pihak majikan terlebih dahulu.

“Kita boleh mulakan sesuatu hari ini manakala besok akan tukar polisi baru yang menyukarkan majikan untuk lakukan sesuatu dan perkara ini sering membelenggu majikan-majikan.

“Jadi untuk mengelakkan perkara ini berlaku seharusnya pihak kerajaan menubuhkan satu counsil supaya apa-apa polisi yang ingin diperkenalkan mengenai pengambilan pekerja asing dapat dibincangkan terlebih dahulu dan industri tidak akan terkejut dengan apa-apa perubahan.

Shamsuddin menambah, perubahan dalam polisi yang dilakukan secara mengejut menyebabkan majikan terpaksa menanggung kos yang tinggi selain kos untuk mengambil pekerja asing.

Jelas beliau, kerajaan seharusnya mencari jalan untuk mengurangkan jumlah pekerja asing secara haram dan mengambil initiatif untuk mengurangkan kadar pekerja asing tidak menyelesaikan apa-apa masalah.

“Bagi MEF, kita berpendapat keperluan terhadap pekerja asing sangat tinggi dalam industri dan sekiranya bilangan mereka dikurangkan dan dihantar pulang maka ia secara tidak langsung akan meningkatkan jumlah pekerja asing yang datang secara haram.

“Memang usaha kerajaan ini untuk membolehkan pekerja tempatan diberi peluang pekerjaan namun ada sesetengah skop kerja yang tidak digemari mereka dimana ia menyebabkan majikan terpaksa menggunakan pekerja asing,” katanya pada sidang media di pejabat MEF disini, hari ini.

Justeru Shamsuddin berharap agar, satu initiatif atau perbincangan diantara pihak kerajaan dan MEF dapat dilakukan bagi memastikan tidak ada pihak yang teraniaya.

 

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");