Membawang Hari Ini

Beg Aliff Syukri Kena Curi Di Sepanyol

KUALA LUMPUR: Pengasas kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri mengalami kerugian apabila beg miliknya dicuri seorang individu yang tidak dikenali ketika berada di Sepanyol.
Menurut Aliff yang kini sedang sibuk menyiapkan muzik video miliknya berjudul Abang Nak Tegur, ketika kejadian juga dia tidak sedar memandangkan sedang membuat latihan untuk muzik video tersebut.
Menerusi kapsyen yang dikongsi Aliff, selain wang tunai berjumlah hampir RM20,000 individu itu juga turut melarikan jam tangan jenama Cartier yang berharga lebih dari RM100,000.
“Ini adalah salah satu benda tragis yang berlaku semasa saya di Spain.
“Dia rembat beg sandang Salvatore Ferragamo saya semasa sedang leka training,” itu antara tulisnya di laman Instagram, lapor Utusan Online.
Sebelum itu Aliff turut memuat naik laporan mengenai kejadian terbabit ke dalam akaun Instagram miliknya.
Sementara itu hubungan antara Aliff dan rakan duetnya Nur Sajat dalam lagu tersebut terus menjadi tanda tanya apabila terdapat sebuah video yang tular memperlihatkan Aliff memarahi Sajat.
Walaupun kapsyen yang dimuat naik kedua pengasas kosmetik ini menunjukkan keduanya sedang bermasam muka, namun netizen percaya ini adalah satu lagi gimik yang dibuat untuk melariskan muzik video Abang Nak Tegur yang menjalani penggambaran di Sepanyol dan diarahkan oleh Yusry KRU.
Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");