Sukan Hari Ini

Belum Boleh Selesa

KEMENANGAN tipis 1-0 skuad bawah 23 tahun  (B-23) negara ke atas Honam Universiti dalam aksi persahabatan di Korea Selatan semalam bukan tiket untuk pemain berasa selesa.

Itu yang disuarakan Ketua Jurulatih Bawah 23 (B23) negara, Datuk Ong Kim Swee yang menyifatkan peningkatan dari satu ke satu perlawanan adalah lebih penting daripada keputusan yang diperolehi.

Katanya, beliau mengharapkan pemainnya supaya lebih yakin dalam mengawal keadaan dan menyerap asakan lawan dalam aksi terakhir 28 Disember nanti.

“Saya melihat pemain sudah dapat mengadaptasi keadaan cuaca di Korea.

“Boleh dikatakan tidak banyak kelemahan yang begitu ketara dalam perlawanan ini, namun kesebelasan hari ini perlu lebih yakin terutama mengawal asakan lawan serta bermain dengan mengikut corak kekuatan kita.

“Tapi saya akui keserasian pemain-pemain sudah bertambah baik dari dua perlawanan yang telah dihadapi ini, namun saya tetap mengharapkan mereka dapat mengekalkan aksi konsisten bagi mengharungi perlawanan terakhir di Korea pada 28 Disember nanti,” katanya, menerusi laporan Sinar Online.

Dalam perlawanan persahabatan dengan Honam Universiti itu, Kogileswaran Raj muncul wira skuad B23 negara dengan menyumbang kepada gol tunggal di minit akhir perlawanan.

Dalam pada itu, Kim Swee turut mengesahkan beliau akan terus memberi ruang kepada semua pemain untuk diturunkan dalam aksi persahabatan di Korea ini.

Katanya, beliau yakin kombinasi terbaik dapat dihasilkan dalam aksi terakhir di China sebelum perlawanan pertama bertemu Iraq dalam saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B-23 di China, Januari depan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");